Kuantan, 25 Oktober- Lima penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang terdiri daripada tiga pensyarah dan dua mahasiswa menang telah berjaya mengharumkan nama universiti di pentas antarabangsa apabila meraih 5 pingat emas (Gold), 2 Double Gold, 1 Diamond dan 1 Platinum dalam Pameran Penyelidikan British Invention Show (BIS) yang berlangsung di Barbican Exhibition Centre pada 18-21 Oktober 2017 baru-baru ini.
“Kejayaan ini merupakan pemangkin kepada para penyelidik UMP untuk mencipta produk yang dapat dikomersialkan dengan menghasilkan produk dan teknologi yang berpotensi untuk dimanfaatkan umum.
Universiti sentiasa komited untuk menyempurnakantanggungjawab sosialnya secara terarah, selaras dengan agenda ”Memasyarakatkan Teknologi” yang mendasari pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2016-2020 bagi membangunkan potensi dan daya saing Universiti ini dengan membawa ilmu pengetahuan dan teknologi ke lapangan masyarakat,” katanya yang hadir mempengerusikan sidang media meraikan kecemerlangan penyelidik UMP di UMP Pekan.
Projek penyelidikan bertajuk `Ethylene Glycol Based Hybrid (Tio2 AND Zno) Nano-Coolant For Sustainable Green Machining’ oleh Profesor Dr. Md. Mustafizur Rahman dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal menang pingat emas dan Anugerah Platinum untuk membantu dalam kalangan pekerja yang terdedah kepada kesan penggunaan cecair coolant terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar.
Manakala penyelidikan bertajuk “Mandarin For All” oleh Yong Ying Mei dan Cheng Ching Yee dari Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan. Beliau menang pingat emas dan Double Gold. Penyelidikan ini berkisar ciptaan inovasi mengenai pembangunan teknologi pendidikan melalui penggunaan audio dalam bentuk QR Code dalam mempelajari bahasa Mandarin bagi meningkatkan kemahiran Bahasa Mandarin sebagai medium komunikasi antarabangsa.
Bagi Yong, dengan teknologi ini memudahkan mahasiswa dan orang ramai meningkatkan kecekapan berbahasa Mandarin yang memenuhi keperluan sukatan silibus Hanyu Shuiping Kaoshi (HSK) dan piawaian Common European Framework Reference of Language (CEFR) yang diiktiraf dunia. Pelajar bukan Cina dapat menguasai Bahasa Mandarin dalam jangka masa pendek apabila terbukti 126 mahasiswa UMP berjaya lulus ujian HSK dalam tempoh 28 jam (2 jam sehari dalam tempoh 2 minggu) dengan cemerlang.
Dalam pada itu, hasil penyelidikan bertajuk `Intelligent IOT Test’ oleh Dr. Abdulrahman A. Alsewari dari Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian juga menang pingat emas. Penyelidikan dijalankan bersama Profesor Dr. Kamal Zuhairi Bin Zamli , Ameen A.B.A Homaid, Taha H.Rassem, Nasser Tiran dan Robin Posten. Perisian IOT ini membantu untuk menjana set ujian untuk menguji sistem IOT berasaskan interaksi. Selain daripada harga yang lebih murah, sistem ini juga menjana set ujian yang lebih efisyen daripada produk komersil di pasaran. Perisian ini memberi fleksibiliti untuk interaksi bolehubah dan boleh digunapakai untuk semua sistem operasi seperti Windows, MAC dan Linux.
Sementara itu, penyelidikan Harraz Irfan Nazaruddin iaitu mahasiswa dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik iaitu High Speed Railway Algorithm (A study on a proposed Malaysian High Speed Railway Rolling Stock and Protection Systems) di bawah seliaan Prof Madya Dr. Mohd. Razali Daud turut menang pingat emas dan Double Gold. Projek ini pada asasnya membina Model Keretapi Berkelajuan Tinggi yang dihasilkan dengan menaiktaraf sistem keselamatan iaitu ATP-PEKA (Perlindungan Keretapi Automatik- Penyelia Kelajuan Automatik) secara automatik yang boleh mengurangkan kelajuan keretapi. Lebih menarik ianya dilengkapi peta (On-Board Maps) yang berfungsi seperti GPS yang menunjukkan kedudukan di rangkaian keretapi.
Begitu juga penyelidikan `Hybrid Energy Generation for Highway Lighting System’ oleh Norazlin Hassan, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Tenaga & Persekitaran) dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan di bawah seliaan Dr. Abu Yousuf dan Dr. Yasir H. Naif juga menang emas dan Diamond Award. Penyelidikan inovasi hasil gabungan tenaga solar dan tenaga angin sebagai sumber tenaga utama dalam membangunkan sistem pencahayaan lampu di lebuhraya menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui.

Disediakan Bahagian Komunikasi Korporat
|